SEORANG pemandu bas kilang yang memecut kenderaannya sejauh lima kilometer ketika cuba melarikan diri berjaya ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pagi tadi.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, anggotanya berjaya menahan pemandu itu di kawasan Batu Maung dalam Ops Khas Bas Pekerja.
“Ketika kejadian lelaki berusia 39 tahun itu baru sahaja menurunkan pekerja dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke depoh.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan tidak mempunyai lesen kenderaan pengangkutan (PSV), selain bas itu juga tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans,” katanya seperti dilapor Bernama.
Baca artikel lain: Rombakan Kabinet: Tolong bagi cadangan kalau ada – PM
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.
Katanya, semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai 10 saman yang belum selesai melibatkan kesalahan sama iaitu tiada lesen PSV, insurans dan LKM.
Operasi yang dijalankan bermula 5 pagi itu turut mengesan beberapa pengusaha yang menggajikan warga asing sebagai pemandu kenderaan pekerja dan ini satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Zulkifly berkata dalam operasi itu, sebanyak 215 bas diperiksa dengan 26 bas pekerja diambil tindakan, 81 dikenakan saman manakala 20 bas turut disita.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

