SEBANYAK 25 ajaran yang telah diwartakan sesat dikesan masih aktif setakat September lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, bagi tahun ini, sebanyak 35 tangkaan berkaitan ajaran sesat dan meragukan telah direkodkan.
Katanya, ia berdasarkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sehingga September 2025, mengambil kira jumlah ajaran sesat yang telah diwartakan dan aktif setakat ini yang direkodkan adalah sebanyak 25 ajaran sesat.
“Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada PDRM, sebanyak 35 tangkapan berkaitan ajaran sesat dan meragukan telah direkodkan bagi tahun 2025 setakat ini,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.
Baca artikel lain: JAKIM nasihat Sekolah Rendah Islam al-Afsari pindahkan 80 murid sebagai calon menumpang UPKK
Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) bertanyakan jumlah ajaran sesat yang sudah diwartakan dan jumlah tangkapan bagi tahun ini.
Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan sejak 1950 hingga 2023, sebanyak 154 ajaran sudah difatwakan sesat di seluruh negara.
Sebanyak 45 ajaran sesat dan khurafat yang sudah difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar dicatatkan di Selangor.
Sebahagian daripada ajaran tersebut dikesan masih aktif bergerak secara tersembunyi di beberapa daerah seperti Gombak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

