KERAJAAN di antara penghujung tahun 2023 sehingga 2025 berjaya menyelamatkan RM15.5 bilion daripada berlakunya ketirisan dalam bentuk rasuah dan penyeludupan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia bukan suatu kerja mudah kerana pihak berkuasa terpaksa bertempur dengan syarikat besar dan kartel berpengaruh di Malaysia termasuk rantau ini.
“Kartel-kartel besar, kes penyeludupan besar, syarikat scammer yang beroperasi puluhan tahun dan diketahui tapi tak berani ambil tindakan kerana mereka terlalu kuat, berpengaruh dan banyak dana.
“Ini semua berlaku bukan tahun ini bukan tiga tahun ini tetapi lima, 10 tahun yang lalu, ada syarikat 20 tahun dah beroperasi…dan dibiarkan.
“Ada bukti (kita) ambil tindakan, (kita) kawal. Pelabuhan Klang ada kumpulan (jaga), bukan tahun ini, 20 tahun dibiarkan. Sebab itu kita boleh kumpul RM15.5 bilion.
Baca artikel lain: Kos penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjumlah RM184.4 juta
“Pasukan khas multi agensi ini ditubuhkan dengan mandat penuh, tiada kompromi kepada penyeludupan dan scammers. Apakah sudah ada pendakwaan? Ya sudah ada 20 kes pendakwaan yang juga dilapor di media,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata, daripada nilai tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan nilai lucut lebih RM8 bilion, Polis Diraja Malaysia (hampir RM4 bilion) dan Kastam Diraja Malaysia (RM2.5 bilion).
“Multi agensi task force ini bekerja bersungguh-sungguh tetapi yang menjadi persoalannya, mengapa hal ini diizikan berlaku, berjalan selama puluhan tahun. Apa bezanya dengan kerajaan Madani kita minta ambil tindakan yang tegas.
“Kita tabik badan-badan ini kerana mengambil tanggungjawab dengan berani dan tegas, kita harus berikan pengiktirafan kepada mereka,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

