PERBUATAN menghidang atau menonjolkan minuman berasaskan arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah bertentangan dengan hukum syarak, moral, dan undang-undang negara.
Itu penegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar ketika mengulas mengenai tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan hidangan minuman beralkohol dalam satu majlis rasmi kementerian berkenaan baru-baru ini.
Menurut Mohd Na’im, Islam bukan sahaja mengharamkan pengambilan arak, tetapi juga segala bentuk kerjasama dan penglibatan dengannya.
“Dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam dan Hab Halal Dunia, tindakan sebegini hanya mencemarkan imej negara serta menimbulkan kegusaran masyarakat.
“Oleh itu, semua pihak dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti umat Islam demi memelihara keharmonian serta perpaduan nasional,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga artikel lain: Lori muatan debu simen terbakar di Lebuhraya Karak, pemandu rentung
Sebelum ini, Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.
Jelasnya, acara makan malam yang menjadi isu itu sebenarnya merupakan inisiatif pihak industri dan sektor swasta yang ingin meraikan rakan-rakan industri antarabangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

