Mesyuarat Khas Jemaah Menteri hari ini muktamadkan tuntutan 40 peratus Sabah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SATU Mesyuarat Khas Jemaah Menteri akan dijalankan hari ini bagi memuktamadkan tuntutan pemulangan hak 40 peratus hasil Sabah seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mendengar pandangan daripada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada memfailkan rayuan atau sebaliknya.

“Maka saya panggil sidang Jemaah Menteri khas petang ini untuk mendengar dulu pandangan Peguam Negara. Ada orang tanya kenapa tak boleh buat keputusan awal? Tak boleh, kita ada proses.

“Mana-mana keputusan penghakiman Peguam Negara itu penasihat kepada kerajaan, jadi kita kena dengar kemudian Jemaah Menteri bincang dan putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Baca artikel lain: Kos penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjumlah RM184.4 juta

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi yang memutuskan kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan Perlembagaan untuk mengadakan semakan dan membayar semula Hak Tuntutan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh dari Sabah, sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusannya, mahkamah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) dan mengarahkan kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan kadar pemberian khas tersebut dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

Mahkamah turut membatalkan sebahagian keputusan yang terkandung dalam tiga Warta Persekutuan, masing-masing bertarikh 20 April 2022, 24 Disember 2023, dan 27 Ogos 2025, kerana didapati bercanggah dengan kedudukan perlembagaan mengenai pemberian khas Sabah.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid dalam prosiding terbuka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This