PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah dalam kenyataan hari ini.
Menurut JKEN MUDA Sabah, parti itu turut membuat ketetapan untuk kekal berkecuali daripada menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang akan bertanding, sama ada parti tempatan mahu pun parti nasional.
Pada masa sama, MUDA Sabah turut mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan berharap gelanggang demokrasi itu diraikan dengan jujur serta adil.
“Bertandinglah dengan penuh integriti; tunjukkan tawaran dan manifesto anda kepada rakyat untuk mereka memilih berdasarkan idea, bukan dengan politik wang.
“Kepada rakyat Sabah, gunakan kuasa undi dengan bijak. Pilihlah pemimpin yang jujur, berprinsip serta mempunyai visi dan misi yang jelas untuk wilayah ini.
Baca artikel lain: SPRM lancar bilik gerakan sempena PRN Sabah ke-17
“Setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju Sabah; ini tanggungjawab kita bersama,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November sebagai tarikh pengundian untuk pengundi di Sabah melaksanakan tanggungjawab pada PRN Sabah ke-17.
Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 15 November manakala pengundian awal pada 25 November.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 15 November sehingga 28 November pada pukul 11.59 malam.
PRN Sabah akan melibatkan sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

