DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan membuat laporan polis berhubung tindakan tiga individu bertindak berpaut pada struktur papan tanda jalan serta tiang lampu di bandar raya tersebut.
DBKU memandang serius tindakan tersebut kerana ia bukan sahaja membahayakan keselamatan diri, malah boleh merosakkan harta awam serta mencemar imej Bandar Raya Kuching.
“DBKU mengambil maklum mengenai satu hantaran di aplikasi TikTok yang memaparkan tiga individu bertindak memanjat struktur papan tanda jalan serta tiang lampu.
“Berikutan tindakan tidak sopan dan tidak senonoh oleh individu yang terlibat dalam kejadian ini, DBKU akan membuat laporan polis bagi siasatan lanjut di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam.
Baca artikel lain: KJ sertai Kabinet? PM terus kunci mulut
“Tingkah laku sedemikian dianggap sebagai pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat serta tidak akan dikompromi oleh pihak DBKU,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perbuatan menampal bahan seperti pelekat, poster dan sebagainya pada papan tanda jalan tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b), Local Authorities (Cleanliness) By-laws,1999.
Kesalahan boleh didakwa di bawah Undang-Undang Kecil 22(2) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,500 dan denda tambahan sebanyak RM3,000 bagi kesalahan berikutnya atau penjara selama sembilan bulan bagi setiap kesalahan berikutnya.
Sehubungan itu, DBKU menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga tingkah laku serta menghormati kemudahan awam demi kesejahteraan bersama.
“Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan bandar raya Kuching kekal sejahtera, bersih, selamat dan berdaya huni,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

