SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melakukan lawatan ke 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada pemilik serta petugas kedai mengenai keperluan pemerakuan dan label MCMC pada peranti komunikasi.
MCMC dalam kenyataan memaklumkan, lawatan tersebut dijalankan di bawah program ‘Direct Engagement’ sejak Jun 2025 sehingga bulan ini.
Menurut MCMC, tindakan itu akan membantu mereka memahami langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan peranti adalah selamat, asli, mematuhi standard serta serasi dengan rangkaian dan tidak mengganggu frekuensi.
“Sehubungan itu, MCMC mengingatkan bahawa perbutan menjual atau menggunakan peranti tanpa kelulusan atau label MCMC adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Sepanjang pelaksanaan aktiviti ini, maklum balas yang diterima daripada peniaga adalah sangat positif dan mereka telah menyatakan komitmen, menyambut baik pendekatan turun padang MCMC dan akan mematuhi keperluan pemerakuan dan pelabelan peranti komunikasi seperti yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: MCMC terima 1,417 aduan bawah Seksyen 233 Akta 588 sejak 2020
Mengulas lanjut, MCMC memberitahu, usaha tersebut mencerminkan komitmen berterusan MCMC untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin serta memelihara integriti rangkaian komunikasi negara dengan memastikan hanya kelengkapan komunikasi yang mematuhi standard dijual di pasaran.
Katanya, pengguna digalakkan untuk berbelanja dengan yakin serta hanya membeli peranti yang diperakui dan mempunyai label MCMC.
“Untuk memudahkan semakan status pemerakuan, pengguna digalakkan menggunakan aplikasi Check Your Label (CYL) yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.
“Pengguna hanya perlu memasukan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri bagi mendapatkan status pemerakuan dan maklumat peranti untuk memastikan produk tersebut sah serta mematuhi standard yang ditetapkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

