Kara Memperkenalkan Barista Susu Kelapa Baharu Untuk Peminat Kopi

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Penggemar kopi kini boleh menikmati minuman Kara barista susu kelapa yang diperkenalkan oleh Kara jenama santan no 1 di Malaysia.

Produk yang berasaskan tumbuhan semula jadi ini diformulasikan untuk barista, pemilik kafe dan pembuat kopi di rumah.

Seiring dengan pelancaran Kara barista susu kelapa, turut diadakan pameran kopi yang berlangsung dari 14 sehingga 16 November bertempat di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam.

Pesta kopi yang cukup meriah ini, menjemput orang ramai menikmati produk Kara barista susu kelapa dalam pelbagai cara.

Keistimewaan produk ini direka untuk memberikan pengalaman berkualiti kafe buat golongan profersional dan penggemar kopi.

Lembut, berkrim dan mesra laktosa antara ciri-ciri susu kelapa, yang dihasilkan bersama barista profesional untuk memberikan pretasi yang konsisten bagi minuman panas dan sejuk.

Produk Kara barista susu kelapa menjadi pilihan si penggemar kopi. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pengurus Besar Kara Marketing Malaysia, Susanto berkata:  “Di Kara, kami percaya kopi yang hebat bermula dengan bahan-bahan yang hebat. Setiap pek Kara barista susu kelapa bermula dengan kelapa yang dituai pada kemuncaknya, dan akan memastikan kesegaran semula jadi dalam setiap cawan yang dihidangkan.”

Produk ini dicipta khusus untuk kopi dan dibangunkan oleh pasukan R&D inovasi Kara bersama pemenang anugerah barista Malaysia Shaun Liew.

Beliau berkata, sebagai seorang barista, perlu ada konsistensi dan kemahiran seni dalam hidangan kopi di setiap cawan.

Salah seorang barista membancuh kopi menggunakan produk Kara barista Susu Kelapa . GAMBAR: Abd Razak Aid

Ternyata produk Kara barista susu kelapa menghasilkan buih dengan cantik, mengekalkan buih mikro dengan baik dan memberikan keseimbangan sempurna di antara aroma, buih, tekstur dan rasa.

Ia menghasilkan buih yang stabil untuk seni latte yang sempurna.

Kara Barista Susu Kelapa ini :

  • Berasaskan tumbuhan semula jadi
  • Bebas laktosa & bebas kolesterol
  • Tiada pewarna, tiada pengawet
  • Sesuai untuk minuman panas dan sejuk
  • Tekstur yang lembut, kaya dan berkrim

Serba boleh, lebih sihat

Kara barista susu kelapa sesuai digunakan dalam pelbagai resipi, menawarkan cita rasa tenusu yang serba boleh, lebih sihat tanpa menjejaskan rasa.

Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong berkata kopi hari ini bukan lagi sekadar minuman, ia adalah gaya hidup. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong berpendapat, Kara barista susu kelapa, memperkenalkan inovasi dalam kafe dan perkhidmatan makanan memandangkan kafe semakin berkembang pesat di seluruh Malaysia.

“Oleh kerana itu kami mencipta susu berasaskan tumbuhan dan mengangkat barista untuk menghasilkan pilihan yang lebih sihat kepada pengguna.

“Dari pokok ke cawan sentiasa menjadi janji Kara dan Kara barista susu kelapa adalah lanjutan daripada visi itu, kopi hari ini bukan lagi sekadar minuman, ia adalah gaya hidup” jelasnya ketika ditemui UtusanTV di majlis perasmian Kara barista susu kelapa.

Tidak ketinggalan ceramah kesihatan oleh Dr. Say Shazril, yang berkongsi manfaat pemakanan kelapa dan keistimewaan Kara barista susu kelapa untuk si pencinta kopi.

Produk Kara barista susu kelapa menjadi pilihan pengunjung. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jangan ketinggalan untuk merasai Kara coconut latte dan Kara coconut chocolate secara percuma.

Turut serta vendor kopi yang bekerjasama termasuk HWC, Curate, Kee Nguyen, Pintea, Kopihut, 18 Lab, Koffie MacRoy, Oh Cha Matcha dan Fifbites menghidangkan ciptaan Kara barista susu kelapa yang eksklusif, menonjolkan kepelbagaian produk dalam suasana kafe.

Penyanyi Syamel turut memeriahkan majlis, dengan menghiburkan tetamu yang hadir.

Bukan itu sahaja, pelbagai permainan interaktif seperti Kara From Tree to Cup Challenge, Kara Coconut Bowling, Kara Toss the Coconut Challenge yang cukup menyeronokkan untuk semua peringkat umur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This