PAGI itu, 16 Mac 2026 bertempat di Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa, Kuala Lumpur, cuaca agak panas, terik, cukup ‘mencabar’ daya ketahanan diri.
Berhimpunlah kami dari Kara Malaysia dan warga kerja UtusanTV bersama beberapa sukarelawan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi anak-anak penghuni RTK dan komuniti setempat.
Empat periuk besar digunakan untuk memasak bubur lambuk dengan sasaran awal sebanyak 1,000 pek dapat disiapkan.
Syukur Alhamdulillah, daripada 1,000 pek, ia ‘beranak’ menjadi lebih 1,500 pek dengan agihan bubur lambuk dilaksanakan di kawasan sekitar termasuk di Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dan Masjid Ibn Sina.
“Banyaknya bagi santan, bekalan dapur. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Kara, terima kasih UtusanTV.

“Ya Allah juadah berbuka puasa pun saya ingatkan biasa-biasa sahaja. Inilah event (program) paling besar di rumah kami”.
Demikian jelas salah seorang pengurus RTK kepada saya sejurus selepas program memasak dan agihan bubur lambuk serta majlis berbuka puasa dilaksanakan di rumah kebajikan itu.
Dan, saya juga secara peribadi berterima kasih kepada Kara Malaysia atas sumbangan yang amat luar biasa ini buat anak-anak dan penghuni RTK.
Terima kasih Kara Malaysia. Saya harap kerjasama antara Kara Malaysia dan UtusanTV ini berterusan untuk tahun-tahun mendatang demi pembangunan komuniti yang memerlukan bantuan.
Terima kasih penaja
Begitu juga kepada penaja-penaja majlis berbuka puasa, Al-Hijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah); Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM); pelakon terkenal Datin Wendy Wong Abdullah; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan seluruh warga kerja Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Ori Ayam Kampung, Shah Alam.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Tak dilupakan Penasihat Pengusaha ResÂtoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan selain pihak Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang memudahcara kelulusan untuk agihan bubur lambuk di Stesen MRT HKL.
Kepada Pengarah Kara Marketing Malaysia, Encik Susanto, UtusanTV berbangga dipilih sekali lagi sebagai rakan strategik dalam melaksanakan program ini.
Dari santan ke kerisik sehingga ke beberapa produk lain, Kara melengkapi bekalan dapur RTK dan semoga ia memanfaatkan warga RTK dengan sebaik-baiknya.
Kepada warga kerja UtusanTV dan semua sukarelawan, biarpun jumlah kita kecil, alhamdulillah kita dapat melaksanakan program ini cukup baik.
Saya juga berterima kasih dengan Zainal Alam Kadir yang menjadi pengacara majlis dengan cukup profesional serta barisan artis yang amat dinanti-nantikan anak-anak RTK, Datin Alyah, Izzue Islam dan Iman Troye.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Keberadaan kalian mencerminkan semangat saling sokong-menyokong antara media, pelbagai agensi dan artis demi sebuah wacana kemasyarakatan.
Saya mendoakan setiap individu yang hadir menghulurkan bantuan atau sumbangan dalam menjayakan program ini diberkati Allah SWT, dilancarkan rezekinya dan mendapat balasan yang baik-baik hendaknya.
Salam Aidilfitri buat semua. InsyaAllah kita bertemu lagi dalam program-program CSR akan datang.
Metra Syahril Mohamed ialah Ketua Pengarang UtusanTV

