PERIKATAN Nasional (PN) bertekad untuk memastikan segala kemudahan asas dan kekurangan di Sabah ditambah baik sekiranya menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) di negeri itu.
Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, hal itu selepas ramai pengundi Sabah memberitahunya bahawa isu mengenai bekalan air, bekalan elektrik dan jalan rosak adalah perkara biasa di negeri itu.
Katanya, Sabah sepatutnya menikmati kemudahan asas yang lebih baik, lebih bermaruah dan lebih teratur.
“Ramai pengundi Sabah beritahu saya: Di Sabah ini, tiada air, tiada elektrik, jalan rosak bukan lagi berita. Sebaliknya, ada air, ada elektrik, jalan baik pula dianggap berita luar biasa. Persoalannya — patutkah keadaan begini dianggap normal?
“Sabah sepatutnya menikmati kemudahan asas yang lebih baik, lebih bermaruah dan lebih teratur. Jika rakyat memberikan mandat kepada Perikatan Nasional (PN), kita akan mengubah realiti yang tidak masuk akal ini,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Dominic berkata, pembangunan Sabah tidak lagi boleh dibiarkan terus ketinggalan dan dibiarkan dalam keadaan sama.
Katanya, PN bertekad untuk memastikan rakyat Sabah menikmati bekalan air bersih dan stabil; sistem elektrik yang boleh dipercayai dan jalan raya yang selamat dan selesa.
“Inilah tanggungjawab kami, dan inilah janji kami kepada rakyat Sabah. Demi anak-anak kita, demi keluarga, demi masa depan Sabah,
undi PN untuk membawa perubahan sebenar. Perikatan Nasional — pilihan terbaik untuk masa depan Sabah yang lebih baik,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

