MALAYSIA menggesa pelaksanaan segera dan menyeluruh resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pelan damai di Gaza.
Wisma Putra dalam kenyataan menegaskan, pelaksanaan segera dan menyeluruh resolusi tersebut bagi merealisasikan hak asasi mutlak rakyat Palestin termasuk hak kenegaraan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Palestin sekali gus menjamin hak untuk pulang ke tanah air bagi pelarian Palestin.
Menurut Wisma Putra, Malaysia menganggap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan semalam itu sebagai satu langkah positif ke arah menamatkan konflik di Gaza.
Katanya, keputusan Majlis Keselamatan PBB akan membuka jalan bagi penubuhan Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa yang berperanan untuk memudah cara pembinaan semula, pemulihan ekonomi dan penyahtenteraan di Gaza.
“Keamanan yang berkekalan di Palestin dan serantau hanya dapat dicapai melalui satu penyelesaian yang inklusif dan komprehensif.
Baca artikel lain: Penggunaan veto di PBB galak zionis musnahkan Gaza
“Malaysia akan terus menyokong semua usaha yang berteraskan undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB, ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Majlis Keselamatan PBB mengundi menyokong resolusi yang digubal oleh Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan pelan damai Gaza yang dicadangkan oleh Presiden Donald Trump.
Ia termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan negara Palestin pada masa depan.
Terdapat 13 undi menyokong teks berkenaan, yang menurut Presiden AS, Trump, akan membawa kedamaian yang lebih luas di seluruh dunia, dengan hanya Russia dan China yang berkecuali – tetapi tiada hak veto digunakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

