SEORANG wanita berdepan detik cemas selepas kereta jenis Suzuki Swift yang dipandunya secara tiba-tiba dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tengah hari ini.
Dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Plaza Tol Gombak, kemalangan itu melibatkan seorang wanita berusia 40-an.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.47 tengah hari tadi.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
Baca artikel lain: Pasangan suami isteri maut, anak berusia 6 bulan cedera dalam nahas tiga kenderaan
“Setibanya pasukan di lokasi, runtuhan binaan ECRL didapati menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift.
“Mangsa bagaimanapun telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad Mukhlis memberitahu, seramai tujuh anggota bersama dua buah jentera terlibat dalam operasi berkenaan.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial memaparkan kereta Suzuki Swift itu dihempap besi runtuhan binaan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

