SEPASANG suami isteri maut manakala bayi mereka berusia enam bulan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari semalam.
Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun, sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna hijau dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun an sebuah lori jenis Hino dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun.
“Dalam kemalangan tersebut, pemandu serta penumpang hadapan Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang belakang berusia enam bulan cedera di bahagian kepala dan dirawat di hospital Kota Tinggi.
“Pemandu lori pula mengalami kecederaan ringan dan pemandu Toyota Vios tidak mengalami kecederaan. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan
Baca artikel lain: Pemandu ‘sportcar’ maut dalam kemalangan dengan bas di Melaka
Mengulas lanjut, Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, jika disabitkan kesalahan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.
Yusof berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

