KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan insiden tren komuter terlajak di Stesen Butterworth.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penubuhan dua pasukan petugas khas itu bagi memastikan siasatan yang telus, bebas dan tidak dipengaruhi kepentingan mana-mana pihak berhubung insiden berkenaan.
Menurut Loke, letupan kontena di atas kapal MV Kyparissia ketika kerja pemunggahan dijalankan pada 7 November lalumengakibatkan tiga kematian dan tiga lagi cedera.
Jelas Loke, pasukan petugas akan meneliti keseluruhan aspek operasi, pematuhan keselamatan serta mekanisme pengendalian kargo berbahaya.
“Pada 8 November pula, satu set tren komuter kosong telah terlajak hingga ke hujung landasan di Platform 4. Pasukan petugas akan menilai punca insiden serta keperluan penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian berulang.
“Saya turut mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuka kertas siasatan terhadap pemandu tren tersebut, dan mengambil tindakan susulan selepas siasatan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Loke menegaskan bahawa keselamatan pengguna dan integriti operasi adalah keutamaan tertinggi pihak kementerian.
Katanya, operator di bawah sektor pengangkutan negara diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan dan melaksanakan kerja penyelenggaraan serta pemantauan secara berterusan.
“MOT akan memaklumkan perkembangan lanjut hasil siasatan kedua-dua pasukan petugas tersebut dari semasa ke semasa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

