SEORANG individu ditemui rentung selepas kenderaan jenis Proton Satria Neo hangus terbakar di Jalan Tanjung Datok Ayong Lanai, Miri, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, Proton Satria Neo itu musnah 100 peratus dalam kejadian kira-kira 3.39 pagi berhampiran sebuah hotel itu.
Menurut kenyataan itu, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Baca artikel lain: SK Baling terbakar: KKR arah pasukan teknikal JKR nilai tahap kerosakan, keselamatan bangunan
“Setibanya di tempat kejadian didapati api sedang marak pada sebuah kereta jenis Proton Satria Neo yang terbakar sepenuhnya.
“Selepas api berjaya dipadamkan, anggota menjumpai satu mayat rentung di tempat duduk hadapan kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemeriksaan awal gagal mengenalpasti identiti serta jantina mangsa.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

