Sembilan kenderaan hangus terbakar di parkir kondominium Bayan Lepas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK sembilan kenderaan hangus akibat kebakaran yang berlaku di dalam kawasan parkir sebuah kondominium di Bayan Lepas, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4.50 pagi di kawasan parkir Kondominium Tunas Residensi.

Menurut beliau, kejadian itu membabitkan lima kereta dan empat motosikal.

Katanya, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.59 pagi.

Beliau memberitahu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Baca artikel lain: Suami isteri warga emas rentung rumah hangus terbakar

“Setibanya di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran telah melibatkan sembilan kenderaan.

“Ia melibatkan Perodua Bezza, Honda CR-V, Perodua Myvi, Toyota Corolla Cross dan Honda Civic, selain empat motosikal.

“Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu, namun kebakaran berkenaan menyebabkan kenderaan terlibat musnah sehingga 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, John berkata, api berjaya dikawal pada jam 5.27 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.08 pagi.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sentiasa bersedia, fenomena El Nino sebabkan cuaca lebih panas dan kering – Ahmad Zahid

SELURUH rakyat dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan peka terhadap perkembangan cuaca semasa ekoran fenomena El Nino dalam tempoh terdekat. Timbalan...

More Articles Like This