Penjenayah bawa dadah, senjata api maut berbalas tembakan dengan polis

Dari Penulis

POLIS menembak mati seorang lelaki dipercayai penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan dekat Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Selangor, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M. Kumar berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.10 malam ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat (D9) JSJ Bukit Aman menjalankan operasi mengesan dan mencegah jenayah samun di sekitar kawasan Banting, Dengkil dan Sepang.

Menurut beliau, mereka yang menggunakan kenderaan pasukan telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Perodua MyVi berwarna perak dinaiki seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan Dengkil.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan.

“Pasukan polis telah bertindak membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

M. Kumar memberitahu, suspek telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Hasil siasatan awal katanya, suspek disyaki seorang lelaki warga tempatan dan tiada sebarang pengenalan diri ditemukan.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan suspek telah menemukan sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dan tiga butir peluru jenama Kynoch kaliber .45,” katanya.

Beliau menambah, pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This