Ribut Tropika Senyar dijangka memasuki Semenanjung tengah malam ini, bawa hujan sekitar 300mm

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RIBUT Tropika Senyar yang sedang bergerak menuju negara dijangka melanda pantai barat Semenanjung pada tengah malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan, Ribut Tropika Senyar dijangka memasuki kawasan antara sempadan Selangor dan Perak.

Katanya, ia berdasarkan pemantauan rasmi terhadap sistem cuaca tersebut.

Mohd Hisham memberitahu, jalur awan yang mengelilingi mata ribut tropika tersebut sudah mula memasuki Semenanjung ketika ini.

“Bagaimanapun, kita tak risau dengan mata ribut tropika itu.

“Apa yang kita takut adalah di luar mata, itu yang membawa hujan yang banyak. Mata itu pusat sahaja tetapi tak bawa hujan yang banyak.

“Yang banyak di sekelilingnya terutama di kawasan sebelah barat daya pergerakan ribut tersebut,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan sepanjang 24 jam akan datang selain kelajuan angin mencecah 50km/j.

Menurut Mohd Hisham, ribut tropika itu dijangka membawa antara 200 hingga 300 milimeter (mm) hujan dalam tempoh satu jam sehingga Sabtu ini.

RIBUT Tropika Senyar yang sedang bergerak menuju negara dijangka melanda pantai barat Semenanjung pada tengah malam ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Amaran ribut tropika berkuat kuasa 27 hingga 29 November

“Sebagai perbandingan, hujan lebat di kawasan Kelantan dan utara Semenanjung baru-baru ini mencatatkan sehingga 1,000mm hujan sepanjang empat hari.

“Hujan di Perlis yang turut menyebabkan banjir pula membawa hujan sekitar 400mm.

“Ribut ini telah membawa lebih 600mm hujan iaitu intensiti terkuat ketika berada di Aceh sebelum ini. Jadi kami menjangkakan ia akan sedikit melemah ketika memasuki perairan negara,” katanya.

Pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Ribut Tropika Senyar sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 km/j.

Keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung, khususnya negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai 27 November.

MetMalaysia telah mengemas kini amaran ribut tropika, amaran hujan berterusan serta amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This