Ribut Tropika Senyar kini melemah tapi hujan dijangka berterusan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RIBUT Tropika Senyar yang melanda pantai barat Semenanjung, tengah malam tadi kini telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan, hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora dijangka masih berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung terutama di Pahang dan Terengganu.

Menurut Mohd Hisham, keadaan tersebut dijangka berlaku kerana aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif.

Beliau berkata, Ribut Tropika Senyar kini berada di tengah Semenanjung iaitu di sekitar Pahang dan diramal terus bergerak ke arah timur menuju ke perairan Laut China Selatan.

“Berdasarkan pencerapan radar cuaca METMalaysia, Senyar telah mendarat sekitar tengah malam tadi di kawasan pantai antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

“Walaupun sistem cuaca tersebut semakin melemah, aktiviti pembentukan awan hujan masih kekal aktif.

“Corak cuaca ini dijangka berterusan sehingga 29 November (Sabtu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip GAMBAR: Abd Razak Aid

Mengulas lanjut, Mohd Hisham berkata, METMalaysia akan terus memantau keadaan itu dan akan mengemaskini maklumat serta amaran cuaca sekiranya terdapat perubahan signifikan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web www.met.gov.my; aplikasi myCuaca; media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638,” katanya.

Malam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan di beberapa negeri, berkuat kuasa hingga esok.

Menurut kenyataan itu, hujan kategori bahaya (hujan sangat lebat berterusan) merangkumi Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran, Kuantan, Pekan), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sepang), Putrajaya dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson).

Baca artikel lain: Ribut Tropika Senyar dijangka memasuki Semenanjung tengah malam ini, bawa hujan sekitar 300mm

Sementara itu, kawasan di bawah kategori buruk (hujan lebat) termasuk sebahagian Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Hujan berterusan turut dijangka berlaku di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan serta Johor (Batu Pahat, Kluang dan Mersing).

Senyar ialah ribut tropika ketiga yang melanda Malaysia dan yang pertama terbentuk secara langsung di Selat Melaka.

Kejadian seumpamanya yang terakhir ialah Ribut Tropika Vamei yang melanda selatan Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2001, dan Ribut Tropika Greg yang menimpa Sabah pada 26 Disember 1996.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This