Wanita dalam video perbualan bersama Albert Tei beri keterangan SPRM

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang berada dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

Menurut sumber, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sofia Rini Buyong hadir di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 2 petang dan sehingga pukul 8 malam tadi, proses mengambil keterangannya masih belum selesai.

“SPRM juga telah menghubungi bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan dimaklumkan bahawa individu terbabit tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada petang Jumaat (28 November).

“Ahli perniagaan bernama Albert Tei pula memaklumkan mempunyai masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan dan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi dirakam keterangan pada Isnin (1 Disember) ini,” katanya.

Menurut sumber, buat masa ini, hanya tiga individu berkenaan dipanggil bagi dirakam keterangan dan SPRM akan melihat keperluan untuk memanggil saksi-saksi lain berdasarkan keperluan serta hasil siasatan.

“Jadi, mana-mana pihak yang dipanggil SPRM selepas ini perlu segera datang bagi membantu siasatan terutama apabila ia melibatkan kes serius seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus Ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This