Hari ini gaya hidup sihat bukan lagi sekadar pilihan namun ia menjadi keperluan sebagai pelaburan jangka panjang. Antara rawatan yang semakin mendapat tempat dalam komuniti gaya hidup moden ialah terapi stem cell, khususnya untuk masalah sakit lutut.
Klinik Dr Hasbi muncul sebagai peneraju baharu yang menggabungkan dunia perubatan moden dan menjadi hab holistik yang menggabungkan kaedah regeneratif dan gaya hidup untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
Antara rawatan utama Klinik Dr Hasbi ialah penggunaan Mesenchymal Stem Cells (MSC), sejenis sel regeneratif berkualiti tinggi yang terbukti secara saintifik berupaya memperbaiki, meremajakan dan memulihkan tisu tubuh.

Jelas pengasasnya, Dr Hasbi Harun, MSC terkenal kerana keupayaannya mengurangkan keradangan, mempercepat proses penyembuhan, menyokong kesihatan keseluruhan tubuh dan memperbaiki kerosakan sel dan menjana sel baharu.
“Rawatan stem cell ini mendapat perhatian kerana ia semula jadi, tidak memerlukan pembedahan, mempunyai masa rehat yang minimum serta terbukti berkesan dalam bidang wellness dan anti-penuaan pada tahap selular.
“Selain rawatan untuk wajah dan kulit, MSC turut digunakan untuk meremajakan tulang rawan lutut, membantu pesakit yang mengalami osteoarthritis untuk kembali bergerak aktif tanpa kesakitan,” katanya.
Tambah Dr Hasbi lagi, sakit lutut bukan isu orang tua sahaja. Mereka yang aktif bersukan, bekerja kuat atau pernah cedera juga berisiko mengalami masalah seperti osteoarthritis apabila tulang rawan semakin haus. Di sinilah terapi Mesenchymal Stem Cells (MSC) menjadikan kaedah perubatannya cukup berbaloi.
Sebelum memperluaskan fokus ke bidang kesihatan regeneratif, Klinik Dr Hasbi terlebih dahulu terkenal sebagai pakar khatan moden dengan memperkenalkan inovasi Dr. B Clamp, yang menjadikan prosedur berkhatan lebih selamat, efisien dan kurang trauma kepada pesakit.
Kini, klinik ini melangkah ke fasa lebih besar dengan misi memperkasa rawatan regeneratif bertaraf dunia.

Mengambil langkah besar dengan menjalin kolaborasi bersama Ruffedge, kata Dr Hasbi lagi, ia menjadi simbol penyatuan sains dan seni demi manfaat masyarakat.
Menurut Dr Hasbi, pemilihan Ruffedge bukan sekadar kerana populariti mereka dalam industri muzik, tetapi kerana kumpulan itu melambangkan persahabatan, disiplin dan inspirasi, nilai yang selari dengan usaha menyampaikan mesej kesihatan kepada generasi muda.
Vokalis Ruffedge, Azan, berkongsi kisah peribadinya di mana tahap kesihatan lutut mula terganggu pada usia 41 tahun dan sehingga menjejaskan pergerakan.
“Dahulu saya ambil ringan bila sakit lutut. Namun apabila keadaan semakin serius dan bengkak, saya buat pemeriksaan, rupanya osteoarthritis. Gel lutut sudah berkurangan dan tulang bergesel,” katanya.
Bertitik tolak daripada keperluan untuk kekal sihat demi keluarga dan kerjaya, Azan memilih rawatan stem cell di Klinik Dr Hasbi, yang dianggapnya sebagai ikhtiar terbaik bagi memulihkan tahap kesihatan diri.
Menerusi kolaborasi ini, setiap anggota Ruffedge akan menerima rawatan regeneratif mengikut masalah masing-masing, termasuk kecederaan sukan dan degenerasi tisu akibat usia.
“Dulu masa muda, cedera pun cepat baik. Sekarang apabila umur meningkat, proses pemulihan semakin perlahan. Stem cell membantu kami kembali cergas, malah lebih bersedia kembali ke pentas,” kata salah seorang anggota kumpulan itu.
Tempoh rawatan stem cell bergantung kepada tahap keseriusan masalah, aktiviti fizikal, berat badan dan dos yang diperlukan.
Menerusi perkembangan terbaharu, Klinik Dr Hasbi bakal membuka sebuah Medical Centre lengkap dengan pusat rehabilitasi dan wellness yang menjadi mercu tanda baharu dalam membina legasi jangka panjang dalam bidang rawatan regeneratif.
Klinik Dr Hasbi terus melakar langkah progresif dalam dunia rawatan regeneratif, dengan keyakinan bahawa kesihatan adalah aset utama untuk kehidupan yang berkualiti.

