Lemon Law: KPDN dalam peringkat sedia Kertas Jemaah Menteri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang dalam peringkat penyediaan Kertas Jemaah Menteri berhubung prinsip perundangan Lemon Law bagi memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, pihaknya berpandangan wajar bagi elemen Lemon Law diintegrasikan melalui pindaan ke atas Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau Akta 599.

Menurut Armizan, ia kerana Akta 599 telah menyediakan mekanisme tebus rugi dan penyelesaian pertikaian selaras dengan prinsip asas Lemon Law.

“Langkah mengintegrasikan Lemon Law melalui pindaan ke atas Akta 599 memperkukuh peruntukan sedia ada dan mewujudkan peraturan baharu yang akan menetapkan prosedur atau mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih terperinci bagi tuntutan tebus rugi khususnya bagi kenderaan baharu.

“Pendekatan ini juga dilihat lebih praktikan dan berkesan kerana kerangka perundangan yang telah sedia ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab pertanyaan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berhubung tempoh masa kerajaan akan menggubal undang-undang Lemon Law untuk melindungi pengguna daripada pembelian kenderaan rosak memandangkan kelewatan itu akan terus membebankan rakyat.

Muhammad Fawwaz turut bertanyakan bagaimana kementerian bertindak terhadap pihak-pihak yang mengambil kesempatan terhadap pembeli-pembeli kenderaan itu.

Baca artikel lain: KPDN perkenal 2 strategi interim lindungi hak pengguna sebelum pelaksanaan Lemon Law

Dalam pada itu, Armizan berkata, pihaknya telah melaksanakan kajian perundangan berkaitan Lemon Law di Malaysia selama enam bulan bermula pada Jun 2024 sehingga November 2024.

Katanya, kajian tersebut dilaksanakan bagi menilai dan mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mempertingkatkan perlindungan pengguna dalam industri automotif.

“Hasil daripada kajian tersebut, KPDN mendapati bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan rangka perundangan khusus seperti Lemon Law bagi mengatasi isu dan keterbasan berkaitan perlindungan pengguna dalam industri automotif,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan cadangan kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memasukkan elemen Lemon Law supaya perlindungan kepada pengguna lebih menyeluruh.

Lemon Law ialah undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi atau penggantian terhadap kenderaan atau barangan yang berulang kali rosak dan gagal memenuhi standard kualiti serta prestasi yang dijanjikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sambutan luar biasa, 6,613 unit MyKiosk berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya

SEBANYAK 6,613 unit atau 91.3 peratus daripada keseluruhan program MyKiosk yang telah dibina berjaya diisi dan beroperasi sepenuhnya sehingga...

More Articles Like This