Siasatan kes kematian Syamsul Haris masih diteruskan – AGC

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JABATAN Peguam Negara (AGC) mengesahkan siasatan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Syamsul Haris Shamsudin masih diteruskan bagi memenuhi beberapa arahan yang dikemukakan.

Perkara tersebut dinyatakan AGC sebagai reaksi balas kepada laporan media hari ini berjudul ‘Keluarga gesa AGC bertindak selepas bedah siasat dedah punca kematian Syamsul’.

“Dalam hal ini, jabatan ini ingin menegaskan bahawa pihak polis sedang meneruskan siasatan bagi menyempurnakan beberapa arahan yang telah dikemukakan oleh Jabatan ini.

“Laporan siasatan dijangka akan dirujuk dalam masa terdekat sebelum tindakan susulan diambil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram sebelum dikebumikan keesokannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This