DAP mengambil iktibar dan akan menilai semula segala kelemahan selepas gagal mempertahankan sebarang kerusi yang disandang sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu juga akan berusaha untuk memenangi semula sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, DAP turut menerima dan menghormati keputusan oleh pengundi di lapan kawasan yang ditandingi parti itu.
Baca artikel lain: (TIDAK RASMI) PRN Sabah: Salleh Said Keruak pertahan kerusi DUN Usukan
Sebagai Setiausaha Agung, Anthony Loke turut mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan DAP untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sabah ke-17.
“DAP juga mengucapkan tahniah kepada parti dan calon yang telah diberi mandat oleh pengundi di kawasan-kawasan tersebut.
“DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di peringkat Parlimen dan kedua-dua Ahli Parlimen DAP akan melipatgandakan usaha serta gerak kerja mereka di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.
Terdahulu, DAP dilaporkan kalah dalam semua kerusi yang ditandingi pada PRN Sabah ke-17.
Parti itu bertanding di kerusi DUN Luyang, Kapayan, Tanjung Papat, Tanjung Aru, Kemabong dan Elopura.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

