Senheng rai ulang tahun ke-36 dengan S-Coin dan tawaran pulangan tunai ‘Untung Gila’

Dari Penulis

Senheng meraikan ulang tahun ke-36 dengan memperkenalkan dua inisiatif baharu yang memperkukuh komitmennya terhadap pengguna, iaitu penambahbaikan menyeluruh pada ekosistem kesetiaan S-Coin menerusi kempen “My Rewards, My Choice”, serta pelancaran edisi terbaharu kempen pulangan tunai “Untung Gila”.

Kedua-dua usaha ini dilihat sebagai langkah strategik untuk meningkatkan nilai yang diterima pelanggan sambil memperluas penyertaan dalam ekosistem ganjaran digital.

Pengarah Urusan Senheng, KH Lim berkata, inisiatif “My Rewards, My Choice” ialah asas kepada sistem kesetiaan S-Coin, malah sambutan ulang tahun ke-36 bukan sekadar simbol kejayaan berterusan, tetapi mengingatkan syarikat agar terus menambah baik pengalaman pengguna.

“Ia sebenarnya satu perjalanan ganjaran yang bermula sebaik sahaja seseorang mendaftar sebagai ahli PlusOne. Setiap kali ahli membuat pembelian terpilih melalui aplikasi atau di mana-mana cawangan, mereka akan terus mengumpul S-Coin secara automatik. S-Coin itu kemudian boleh digunakan untuk menebus pelbagai jenis ganjaran.

“Pendekatan ini ternyata sangat berkesan kerana antara 2024 hingga 2025, prestasi program ini meningkat dengan ketara. Jumlah S-Coin yang dikeluarkan melonjak 83 peratus, manakala kadar penebusan meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malah, ahli kini membelanjakan lebih banyak ganjaran berbanding dulu, apabila nilai penebusan purata naik daripada RM270 kepada RM471,” katanya.

Beliau berkata momentum kukuh S-Coin membuktikan rakyat Malaysia menghargai kebebasan dalam memilih ganjaran dan pelancaran baharu “Untung Gila” yang menawarkan pulangan tunai sehingga 100 peratus memberikan lebih banyak sebab kepada pengguna untuk terus aktif dalam ekosistem tersebut.

Apa yang menjadikan ekosistem ini lebih menarik ialah pilihan ganjarannya yang sangat luas. Pusat Ganjaran S-Coin kini menawarkan lebih 2,400 pilihan penebusan di aplikasi dan di kedai.

Pengguna boleh memilih daripada produk kegunaan harian, aksesori elektronik, barangan gaya hidup, gajet dan banyak lagi. Sama ada mahu menaik taraf ruang rumah, mencari hadiah untuk diri sendiri atau merancang percutian seterusnya, memang ada sesuatu yang sesuai dengan setiap keperluan. Senheng juga sedang merancang untuk memperluaskan lagi tawaran ganjaran ini dalam tahun mendatang.

Kempen Untung Gila pula menjadi tarikan besar kerana buat pertama kalinya, Senheng menawarkan tiga tier pulangan tunai dalam bentuk S-Coin, iaitu 50 peratus, 70 peratus dan 100 peratus untuk produk terpilih.

Konsepnya mudah, jika seseorang membeli barangan bernilai RM2,000 yang layak menerima pulangan 100 peratus, mereka akan menerima RM2,000 penuh dalam bentuk S-Coin untuk ditebus semula pada ribuan ganjaran yang tersedia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This