52,948 guru baharu sudah dilantik, kekurangan ditangani – Fadhlina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DARI tahun 2023 hingga 2025, seramai 52,948 guru baharu telah dilantik bagi memenuhi pengisian di sekolah-sekolah seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terkini, pengisian guru di seluruh negara telah mencecah 98 peratus dan ia menyerlahkan iltizam Kerajaan MADANI memastikan pendidikan terbaik untuk anak Malaysia.

“Kekurangan guru adalah antara isu utama yang ditangani sepanjang tiga tahun Reformasi Pendidikan.

“Lantikan guru baharu 2023-2025 – 2023: 18,792 – 2024: 13,983 – 2025: 20,173,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu kekurangan guru di sekolah kendaliannya di seluruh negara terutama bagi opsyen mata pelajaran kritikal.

Baca artikel lain: Anwar luncur buku berdasar catatan di Penjara Sungai Buloh

Katanya, kementerian sentiasa mempertingkatkan sinergi dan kerjasama strategik dengan Pihak Berkuasa Melantik (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) serta agensi pusat berkaitan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.

“Dalam menangani isu kekurangan guru, beberapa kaedah dipersetujui dan dilaksanakan untuk membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru.

“Bagi langkah jangka pendek dan sederhana, KPM sedang melaksanakan langkah pengambilan guru menggunakan kluster mata pelajaran selain turut memperluaskan pengambilan guru kepada graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara.

“KPM juga mengambil langkah dengan membuat pelantikan guru secara Contract of Service (CoS) dalam kalangan graduan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan juga akan dilaksanakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This