Hanna Rauda angkat seni sulaman klasik dalam fesyen moden, pertahan kualiti dalam setiap busana

Dari Penulis

Melangkah masuk ke butik Hanna Rauda di Bangi Sentral memberikan perspektif baharu dalam melihat bagaimana busana tradisional masih kekal relevan dan Anggun pada pemakainya.

Kehalusan jahitan dan kekemasan material serta anggunnya persalinan digayakan cukup memikat hati. Hanna Rauda berjaya memartabatkan seni sulaman warisan ke dalam busana moden wanita masa kini.

Diasaskan pada 2016, jenama ini bermula secara kecil-kecilan dengan hanya menerima tempahan pakaian ‘custom’.

Namun, hari ini, Hanna Rauda berkembang sebagai satu nama besar dalam busana tradisional ‘ready-to-wear’, khususnya melalui koleksi sulaman yang menjadi identiti unik jenama.

Menurut Pengurus Pemasaran & Jualan Hanna Rauda, Alia Athirah Zainudin, dia tidak pernah bersaing dengan jenama popular yang meniti di bibir peminat fesyen tanah air, sebaliknya membina sendiri identiti melalui seni sulaman klasik.

Rekaan pakaian Hanna Rauda menggabungkan elemen tradisional Melayu seperti sulaman tangan, motif alam dan perincian klasik, namun ditampilkan dengan sentuhan kontemporari yang sesuai dengan cita rasa pelanggan moden.

Setiap helaian bukan sekadar cantik di mata, tetapi membawa cerita dan nilai seni lokal yang semakin dihargai generasi muda.

Jenama yang dahulunya beroperasi dengan kurang daripada 10 pekerja kini berkembang kepada lebih 30 tenaga mahir.

“Kelebihan Hanna Rauda bukan hanya terletak pada Sulaman atau kehalusan kerja tangan, namun kami menawarkan penyesuaian pantas merangkumi sulaman, saiz dan bentuk. Matlamat kami adalah memastikan setiap pelanggan mendapat pakaian yang benar-benar padan dan selesa. Kualiti tetap menjadi keutamaan.

“Malah tempahan juga boleh disiapkan antara tempoh 7 hari bekerja. Pelanggan juga boleh memilih sulaman dan jenis kain yang diminati untuk kami reka menjadi sebuah busana impian. Jadi baju boleh disesuaikan mengikut bentuk badan,” katanya menegaskan penggunaan material yang dipilih turut mesra kulit dan tidak jarang.

Selain rangkaian wanita, Hanna Rauda turut menawarkan pakaian untuk lelaki dan kanak-kanak bagi memudahkan keluarga mendapatkan pakaian raya senada bagi menyambut musim perayaan atau majlis istimewa.

Tidak hanya terhad pada koleksi harian dan perayaan, Hanna Rauda turut menjadi pilihan pasangan mempelai yang mahukan persalinan perkahwinan moden berteraskan tradisi.

Set lengkap pengantin lelaki dan perempuan, termasuk veil songket serta sampin, ditawarkan pada harga mesra poket dan tidak melebihi RM800, menjadikan ia antara pilihan paling berbaloi di pasaran.

Media sosial seperti TikTok, Instagram dan Shopee menjadi pemacu utama kejayaan mereka.

“Melalui platform digital, kami bukan sahaja mempamerkan hasil seni, malah menjangkau pelanggan dari seluruh dunia. Kolaborasi bersama selebriti dan pempengaruh turut membantu memperluas capaian kami,” jelas Alia.

Pelanggan juga boleh mengunjungi butik fizikal Hanna Rauda di Rawang, Sungai Buloh dan Bangi Central untuk melihat sendiri koleksi terkini.

Bagi Hanna Rauda, kejayaan bukan datang sekelip mata. Ia memerlukan ilmu, panduan daripada mereka yang berpengalaman serta keberanian untuk mencuba meskipun pasaran fesyen penuh pesaing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This