Gula Cakery tumbuh membangun, berkat resipi tradisi & pasukan yang disayangi

Dari Penulis

SIAPA tak kenal Gula Cakery? Dari satu ketuhar di dapur rumah, kini berkembang jadi salah satu jenama makanan dan minuman (F&B) paling laju naik di Malaysia. 

Tapi Arieni Adriena Mohd Ritzal, pengasasnya, dedahkan satu perkara yang ramai tak tahu, rahsia terbesar kejayaan Gula Cakery bukan sekadar pada kek viral, tapi pada ‘famili’ di belakang dapur dan kaunter.

“Kalau mereka grow, bisnes akan grow. Itu memang prinsip saya sejak mula,” katanya yang percaya menjaga kebajikan pekerja adalah resipi sebenar yang membawa perniagaannya ke tahap sekarang.

Semasa makan malam tahunan bertema hitam putih baru-baru ini, Arieni sendiri terharu melihat ratusan staf berkumpul meraikan usaha sepanjang tahun.

“Saya tengok keyakinan mereka, semangat mereka… itulah roh Gula Cakery, gembira, saling beri sokongan dan buat kerja sungguh-sungguh,” katanya.

Majlis itu bukan sekadar makan malam, tapi sebuah penghargaan besar:
✨ Long Service Award untuk staf 3–8 tahun
✨ Cabutan bertuah padu — iPad, TV 65 inci, pakej percutian
✨ Moment penuh emosi bila staf lama diraikan seperti keluarga

Perjalanan Gula Cakery bukan mudah. Bermula dengan resipi arwah nenek, kini jenama ini terkenal sebagai pilihan keluarga dan pencinta manisan.

Tahun ini, Tiramisu pula menjadi menu paling viral, gabungan resepi keluarga dan teknik yang Arieni pelajari sendiri di Itali.

“Bila pelanggan suka, saya rasa usaha kami dihargai,” katanya.

Walaupun industri F&B penuh cabaran, mereka tetap teguh dengan latihan berterusan.

Bagi Arieni, latihan bukan sekadar ajar teknik dapur tetapi ia membina keyakinan, memupuk disiplin, dan menggilap bakat baharu.

Nilai utama yang ditekankan ialah hormat, tanggungjawab, mesra pelanggan dan suka belajar

“Dulu ada pekerja yang malu nak pegang tanggungjawab. 

“Sekarang dah jadi ketua. Itu antara momen paling menyentuh hati saya,” ujarnya.

Selepas setahun penuh cabaran, mereka kini memasuki fasa perkembangan agresif dengan pembukaan cawangan baharu di Johor Bahru dan Bangi.

Selain, pembukaan Central kitchen baharu yang lebih besar dan perancangan Training Academy.

Dengan pasukan yang kukuh, budaya kerja yang positif dan perancangan masa depan yang jelas, Gula Cakery bukan sekadar semakin berkembang sebagai jenama tetapi sebagai keluarga profesional.

Bagi Arieni, menjaga kebajikan pekerja bukan trend atau strategi sementara, ia adalah inti pati sebenar yang menjadikan bisnesnya terus maju dan disayangi ramai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KISAS Ungguli Kejohanan Debat Bahasa Arab Piala Menteri Agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (KISAS) melakar sejarah baharu apabila muncul juara sulung dalam saingan Debat Bahasa Arab Piala...

More Articles Like This