Program Fast-Track Degree Aviation Career Malaysia tarik minat lepasan SPM, dermasiswa 500 pelajar disediakan

Dari Penulis

Bidang penerbangan kini muncul sebagai antara laluan kerjaya paling cepat dan mudah mendapat pekerjaan di negara ini apabila 99 peratus graduan MQA Aviation Career Malaysia (ACM)–Kolej Antarabangsa Meatech berjaya memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian, sekali gus menepis tanggapan bahawa graduan sukar menembusi pasaran kerja.

Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi berkata, industri penerbangan negara kini berdepan kekurangan tenaga kerja berkemahiran dan keperluan tersebut dijangka meningkat secara ketara bermula tahun 2026 selari dengan pertumbuhan semula sektor itu.

“Keadaan ini menjadikan graduan pengurusan penerbangan antara paling mudah mendapat pekerjaan, khususnya mereka yang dilatih menerusi silibus berteraskan industri dan mempunyai pendedahan praktikal sejak awal pengajian.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar yang memilih bidang penerbangan tidak tersalah langkah, berbeza dengan situasi sesetengah graduan bidang lain yang terpaksa bekerja di luar bidang pengajian.

Dalam majlis sama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Inovatif (IUC), ACM–Meatech turut melancarkan Program Fast-Track Degree in Aviation Management melalui kerjasama strategik bersama IUC.

Program itu membolehkan lepasan SPM menamatkan diploma dan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan (Kepujian) dalam tempoh hanya tiga tahun setengah, jauh lebih singkat berbanding laluan biasa yang mengambil masa sehingga lima tahun setengah.

Pendekatan pantas ini dilihat sebagai solusi kepada pelajar yang kurang berminat untuk belajar terlalu lama, namun mahu memiliki kelayakan ijazah yang membuka peluang jawatan lebih tinggi dan bergaji kompetitif dalam industri.

Dalam usaha memastikan akses pendidikan tidak terhad kepada golongan tertentu, Yayasan Pendidikan Kasih Malaysia (YPKM) mengumumkan penyediaan 500 dermasiswa dan biasiswa separa kepada pelajar baharu ACM–Meatech bagi pengambilan tahun 2026.

Ketua Program Aviation Management, Meatech Kolej, Che Rozaina Azizan berkata, bantuan kewangan itu menyasarkan lepasan SPM daripada keluarga B40 dan M40, sekali gus membolehkan lebih ramai anak muda melanjutkan pengajian dalam bidang penerbangan tanpa dibebani kos tinggi.

“Pendidikan penerbangan tidak lagi eksklusif. Dengan sokongan dermasiswa ini, pelajar boleh belajar dengan lebih fokus dan yakin bahawa peluang pekerjaan menanti selepas tamat pengajian.

“Ingin saya tekankan bahawa bidang penerbangan mempunyai banyak cabang kerjaya, bukan sekadar menjadi kru kabin atau juruterbang. Ia merangkumi pengurusan, pentadbiran, keselamatan (safety management), polisi, operasi lapangan terbang dan pembangunan perniagaan penerbangan,” tambahnya.

Pengambilan pertama pelajar dijadualkan bermula April 2026, dengan sasaran 500 pelajar baharu, selari dengan Kempen Aviation 2026 yang dilancarkan bagi menarik minat lepasan SPM menyertai industri berpotensi tinggi itu.

Dengan kadar kebolehpasaran mencecah 99 peratus serta sokongan kewangan yang kukuh, bidang penerbangan kini dilihat sebagai antara pilihan paling selamat dan strategik untuk pelajar yang mahu cepat bekerja dan membina kerjaya profesional selepas tamat pengajian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This