10 bangunan ikonik raikan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA Ke-34 esok

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BANGUNAN-BANGUNAN ikonik di empat negeri yang bakal menganjurkan Sukan SEA Malaysia 2027 akan bermandi cahaya malam esok sempena upacara penyerahan bendera Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

kmenterian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, majlis yang akan berlangsung pada upacara penutup Sukan SEA Thailand itu bakal menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dr Norza Zakaria akan menerima bendera SEAGF sebagai simbolik tuan rumah temasya sukan terbesar rantau ini dua tahun lagi.

Menurut KBS, bersempena upacara tersebut, 10 buah bangunan ikonik di Kuala Lumpur, Kuching, Johor Baharu dan Pulau Pinang akan turut diwarnai dengan pancaran warna Jalur Gemilang bermula seawal jam 7 malam esok.

“Antara bangunan yang terlibat adalah Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Menara DBKL, KOMTAR, PWCC Penang, Jambatan Sultan Abdul Halim, Jambatan Satok, Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Darul Hana Musical Fountain Kuching dan di sekitar Iskandar Puteri, Johor.

“Turut akan diwarnai dengan lampu merah, kuning, biru dan putih adalah Stadium Nasional Bukit Jalil, salah satu gelanggang sukan paling ikonik di Malaysia,” menurut KBS dalam kenyataan.

Baca artikel lain: ‘Selamat berjuang’, PM tiup semangat kontinjen negara di Sukan SEA Thailand

KBS dalam kenyataan sama memaklumkan, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC), Abdul Rashid Yaakub melihat komitmen yang diberikan oleh kesemua empat negeri penganjur Sukan SEA Malaysia 2027 itu sebagai petanda positif dan melambangkan keterujaan bagi menjadi tuan rumah temasya edisi ke-34 itu nanti.

“Pencahayaan bangunan dengan warna Jalur Gemilang ini merupakan simbolik kepada sambutan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA buat kali ke-7.

“Kita mahu semua peminat sukan dan rakyat Malaysia khususnya, turut merasa teruja dan gembira dengan sambutan ini” katanya.

Selain dari pencahayaan bangunan, skrin LED di lokasi strategik empat bandaraya tersebut turut akan dihiasi dengan paparan grafik sempena penggiliran Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA yang akan datang.

Upacara penutup Sukan SEA Thailand 2025 akan bermula pukul 7 malam di Stadium Rajamangala, Bangkok. Malaysia selaku tuan rumah selepas ini turut terlibat dengan persembahan penutup yang akan dijayakan oleh tiga artis tempatan iaitu Mimi Fly, Amir Jahari dan Marsha Milan serta 60 penari dari pelbagai etnik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This