‘Selamat berjuang’, PM tiup semangat kontinjen negara di Sukan SEA Thailand

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KONTINJEN negara yang bakal bertanding di temasya Sukan SEA Thailand menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mendoakan kejayaan kesemua atlet yang beraksi di temasya terbesar Asia Tenggara itu.

“Selamat berjuang kepada kontinjen negara di temasya Sukan SEA Thailand, yang secara rasmi bermula hari ini.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan.

“Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat

Lebih 1,100 atlet diiringi lebih 500 pegawai negara berpeluang menebus kekecewaan selepas prestasi hambar di Phnom Penh, Kemboja dua tahun lalu.

Kontinjen negara yang menghantar 676 atlet pada edisi 2023 di Phnom Penh sekadar meraih 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa selain menamatkan cabaran di tempat ketujuh, pencapaian yang amat menghampakan bagi Malaysia sejak temasya sukan dwitahunan itu diperkenal pada 1959.

Malaysia, yang menyertai kesemua 50 acara yang dipertandingkan pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan berlangsung di sini dan Chonburi, kembali dengan semangat serta misi baharu untuk membawa pulang 200 pingat tanpa mengira warna dari Sukan SEA Thailand 2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This