Bersabar, bersedia hadapi gelombang kedua banjir – Sultan Pahang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) agar tidak tergesa-gesa pulang ke rumah masing-masing.

Dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah bertitah demikian berikutan terdapat kemungkinan berlaku gelombang kedua dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Sultan Pahang turut menasihatkan mangsa banjir supaya bersabar dan teruskan berdoa agar musibah lebih teruk dapat dielakkan.

“Saya dimaklumkan kemungkinan gelombang kedua berlaku minggu depan. Jadi jangan balik terlalu cepat.

“Kita lakukan solat hajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT supaya dijauhi daripada musibah,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baca artikel lain: Hannah Yeoh beri keutamaan tangani masalah banjir di ibu negara

Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyantuni mangsa banjir dan menyampaikan kurniaan di PPS Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang, Kuantan, semalam.

Pada masa sama, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur kerana keadaan banjir di Pahang masih terkawal berbanding bencana yang melanda negara jiran seperti di Sumatera dan Aceh ketika ini.

Sebelum itu, Sultan Pahang turut melakukan tinjauan udara bagi melihat sendiri situasi banjir di Pahang.

Baginda bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertindak sedemikian sebaik sahaja tiba di Pangkalan Udara Kuantan sekembalinya dari Sukan SEA Thailand.

Al-Sultan Abdullah menaiki helikopter meninjau kawasan-kawasan pedalaman khususnya sepanjang Sungai Pahang, Lepar, Pekan, Sungai Lembing dan Kuantan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This