Sultan Pahang zahir dukacita, kurnia sumbangan keluarga Prebet meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga anggota tentera berpangkat Prebet yang meninggal dunia, Allahyarham Muhammad Amirul Raziq Rosafindi.

Dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, Sultan Pahang turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga Allahyarham.

Menurut hantaran tersebut, sumbangan itu telah disampaikan Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal kepada ayah Allahyarham iaitu Rosafindi Tambi Chik.

“Sumbangan itu disampaikan di Masjid Felda Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, kira-kira pukul 3 pagi (hari ini) sebelum urusan pengebumian jenazah di tanah perkuburan berhampiran,” menurut hantaran tersebut.

Terdahulu, suasana pilu dan hiba menyelubungi Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah di Gemas apabila van membawa jenazah Muhammad Amirul tiba pada pukul 2.18 pagi tadi.

Jenazah Muhammad Amirul dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah pada jam 4.30 pagi dengan penuh istiadat ketenteraan.

Jenazah anggota tentera Prebet itu dibawa pulang ke Gemas sebaik selesai proses bedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang.

Muhammad Amirul, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.40 pagi semalam selepas berada dalam keadaan koma sejak 30 Mac, ketika menerima rawatan di HoSHAS akibat dikasari oleh seorang anggota berpangkat koperal.

Allahyarham Muhammad Amirul dilaporkan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan rapi di hospital berikutan kecederaan parah yang dialami susulan insiden pukul di Kem Batalion 25 RAMD, Bentong.

Kejadian itu dilaporkan berpunca daripada tindakan seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah berusia 37 tahun yang didakwa menggunakan kekerasan akibat tidak berpuas hati berhubung penugasan yang diarahkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis cari individu panjat pagar, curi pakaian di jemuran

POLIS menjalankan siasatan bagi mengesan seorang individu yang dipercayai telah menceroboh sebuah rumah dengan memanjat pagar dan mencuri pakaian...

More Articles Like This