TINDAKAN segelintir pemimpin UMNO yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan bahawa parti itu mahu keluar dari Kerajaan Perpaduan akan menjadi ‘tumpul’ pada masa hadapan sekiranya tidak dikotakan.
Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan, UMNO tidak meletakkan isu titah adendum Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘garis merah’ dalam hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, hal itu berbeza dengan DAP yang telah memberi bayangan mahu menarik diri dari Jemaah Menteri dan pentadbiran kerajaan sekiranya reformasi pentadbiran tidak berlaku dengan lebih cepat.
“Boleh ugut untuk keluar, boleh saling hentam menghentam. Tetapi kalau selalu sangat mengugut untuk keluar tetapi tidak keluar pun, lama-lama ugutan demi ugutan di masa hadapan akan menjadi tumpul.
“Pengalaman saya sendiri, saya tidak gemar mengugut. Saya buat keputusan awal-awal. Saya letakkan garis merah awal-awal. Kalau garis merah itu dilanggar, saya letak jawatan. Tidak perlu ugut, tidak perlu kerah penyokong.
“Kalau garis merah dilanggar, letaklah jawatan. Begitulah pimpinan Umno akan diperhatikan rakyat: adakah pengampunan Najib ini satu garis merah?
“Sebab kalau ugutan keluar Kerajaan Madani terus dibuat tetapi sampai ke sudah tidak keluar, maksudnya isu pengampunan Najib ini bukanlah satu garis merah,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Tuduhan tidak berasas, SPRM sangkal dakwaan Rafizi siasat calon Pemilihan PKR 2025
Terdahulu, beberapa pemimpin UMNO secara terbuka mengkritik tindakan Yeo Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong memuat naik hantaran Another reason to celebrate this year end (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) dengan berkongsi pautan berita sebuah portal bertajuk No house arrest for Najib (tiada tahanan rumah untuk Najib).
Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching pagi tadi memutuskan Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.
Antara pemimpin UMNO yang lantang bersuara ialah Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa semua perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak lama lagi untuk berani membawa suara menarik sokongan daripada kerajaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

