Graduan perubatan boleh guna gelaran ‘Dr’ sebagai tanda kelayakan akademik – MMC

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

GRADUAN perubatan daripada suatu program ijazah perubatan boleh menggunakan gelaran akademik ‘Dr’ sebagai tanda kelayakan akademik mereka.

Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Datuk Dr Mahathar Abd Wahab dalam kenyataan memaklumkan, gelaran ‘Dr’ juga bukan eksklusif kepada pengamal perubatan sahaja.

Menurut beliau, gelaran tersebut turu digunakan oleh doktor pergigian, doktor veterinar serta pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang akademik.

Bagaimanapun, kata beliau, penggunaan gelaran berkenaan tidak memberi hak kepada individu tersebut untuk mengamal sebagai seorang pengamal perubatan di Malaysia.

“Kebenaran untuk mengamalkan perubatan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perubatan 1971 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya.

“Sebagai prinsip umum, semua individu yang ingin mengamal perubatan di Malaysia hendaklah berdaftar dengan MMC dan memegang sijil Perakuan Amalan Tahunan (PAT) yang sah sebelum menjalankan sebarang bentuk amalan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Hannah yakin Taufiq teruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara

Mengulas lanjut, Dr Mahathar berkata, bagi graduan perubatan yang memperoleh kelayakan daripada program perubatan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971, pertimbangan bagi tujuan pendaftaran untuk menjalankan amalan perubatan adalah tertakluk kepada keperluan ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang berkenaan, termasuk lulus peperiksaan serta menjalani latihan siswazah di hospital latihan siswazah yang diiktiraf di Malaysia.

Beliau turut menggalakkan orang awam membuat semakan status pendaftaran mana-mana pengamal perubatan melalui Medical Register Information and Technical System (MeRITS) di https://merits.mmc.gov.my/.

“Sebarang keraguan atau aduan berkaitan kemungkinan penyamaran atau salah guna gelaran boleh disalurkan kepada [email protected].

“MMC komited untuk melindungi keselamatan pesakit dan memastikan masyarakat menerima perkhidmatan kesihatan hanya daripada pengamal perubatan yang benar-benar layak dan berdaftar,” katanya.

Penggunaan gelaran ‘Dr’ menjadi polemik selepas Perdana Menteri, Dautk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan, baru-baru ini.

Netizen mempersoalkan penggunaan gelaran itu selepas semakan mendapati nama Mohammed Taufiq tidak tersenarai dalam laman web MMC.

Malah, Mohammed Taufiq juga didakwa memperoleh ijazah perubatan dari Universitas Islam Bandung yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This