JAKIM akan panggil individu terlibat upacara berbaur ritual di gereja

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang didakwa menghadiri satu upacara berbaur ritual keagaamaan di gereja yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan, pihaknya sedang meneliti dengan serius berhubung dakwaan tersebut.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Sirajuddin memberitahu, individu yang dimaksudkan itu bukan pegawai JAKIM.

Pada masa sama, kata beliau, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh berlandaskan perundangan sedia ada.

“Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan.

“JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dipohon membuat laporan rasmi kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: JAKIM sokong penahanan ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’, perangi kumpulan ajaran sesat

Sebelum ini, Ahmad Iqram yang juga pendakwa bebas memuat naik beberapa hantaran di Facebook mendedahkan mengenai beberapa individu bergelar ‘ustaz’ yang dikaitkan dengan JAKIM serta agensi agama beberapa negeri, menghadiri upacara berbaur pluralisma agama yang dianjurkan di gereja.

Ahmad Iqram menulis program di gereja dinamakan sebagai upacara “Interfaith Water Ceremony” atau “Unity Water Ceremony” di sisi gereja itu adalah simbolik penyatuan (unification) antara agama.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melalui kenyataan memaklumkan, kehadiran pegawainya ke program yang dimaksudkan dan berlangsung pada November 2018 itu bertujuan meraikan pasangan berkahwin yang membabitkan penyertaan pelbagai latar belakang bangsa dan agama.

Kenyataan melalui hantaran JHEAIPP itu juga mengesahkan bahawa program itu anjuran Kerajaan Pulau Pinang dengan kehadiran pegawainya ke program berkenaan adalah semata-mata untuk membaca doa khusus bagi meraikan pasangan Muslim yang hadir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This