MALAYSIA mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM285.2 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, melonjak 13.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, pelaburan yang dibawa masuk Kerajaan MADANI itu bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, pelaburan itu juga diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
“Ia mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup serta membina kuasa ekonomi baharu yang lebih berdaya saing dan inklusif.
“Inilah komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap pelaburan memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Isu Titah Adendum Najib: Tak patut PM keluarkan kenyataan sedemikian, kata Amira Aisya
Pada November lalu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan memaklumkan pencapaian kukuh itu dicatatkan pada ketika ketegangan geopolitik dan perdagangan, gangguan rantaian bekalan serta keadaan monetari yang lebih ketat menjejaskan aliran pelaburan di kebanyakan pasaran lain, sekali gus menonjolkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 4,874 projek yang diluluskan merangkumi sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer.
Ia berkata, kelulusan itu dijangka mewujudkan 152,766 peluang pekerjaan baharu, menggambarkan skala dan kepelbagaian sektor minat pelabur terhadap ekonomi Malaysia.
Selain itu, pelaburan asing (FI) melonjak 47.5 peratus tahun ke tahun, dengan peningkatan dalam ketiga-tiga sektor iaitu perkhidmatan (122 peratus), pembuatan (9.2 peratus) dan industri primer (56.6 peratus).
Bagi pelaburan diluluskan berpunca daripada sumber asing, Singapura menyumbang bahagian terbesar FI sebanyak RM52.7 bilion, diikuti China (RM35.8 bilion), Amerika Syarikat (RM11.3 bilion), British Virgin Islands (RM6.6 bilion) dan Jepun (RM4.8 bilion).
Johor merekodkan nilai pelaburan diluluskan tertinggi (RM91.1 bilion), diikuti Selangor (RM51.9 bilion), Kuala Lumpur (RM45.9 bilion), Pulau Pinang (RM23.7 bilion) dan Kedah (RM17.5 bilion).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

