Kes 1MDB RM2.3 bilion: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah atas kesemua 25 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion dihukum penjara selama 15 tahun. 

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri itu juga dikenakan hukuman denda sebanyak RM11.38 bilion.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada pukul 9 malam tadi.

Collin Lawrence turut memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menjalani hukuman penjara 40 tahun jika beliau gagal membayar denda berkenaan.

Bagi setiap empat tuduhan menggunakan kedudukan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib dan lima tahun penjara bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, bekas Presiden UMNO itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun bagi kesemua 25 sabitan ke atasnya.

Hukuman penjara tersebut hanya akan bermula selepas beliau menghabiskan hukuman penjara untuk kes SRC International, yang sedang dijalaninya.

Terdahulu, Collin Lawrence membuat keputusan bahawa Najib bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan manakala 21 lagi atas pengubahan wang haram. 

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua 25 pertuduhan terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

Najib, 72, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB melalui cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

Baca artikel lain: Kes 1MDB RM2.3 bilion: Najib didapati bersalah semua 25 pertuduhan

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Lima daripada tuduhan itu membabitkan penggunaan hasil aktiviti haram yang diberikan kepada UMNO sebanyak RM20,000,000; UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000), seorang individu Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn Bhd RM2,000,000 dan Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd. (RM303,000).

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas Perdana Menteri itu pertama kali didakwa pada 20 September 2018, dan perbicaraan bermula hampir setahun kemudian, pada 28 Ogos 2019, sebelum pihak pendakwa menutup kesnya pada 30 Mei 2024.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu berlangsung selama tujuh tahun, menarik perhatian antarabangsa, melibatkan 50 saksi dan sembilan hari hujahan lisan pada peringkat pendakwaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This