Peletakan jawatan Muhyiddin: Pas sedia terajui PN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS menyatakan kesediaan untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengunduran sebagai Pengerusi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari ini.

Hasrat Pas itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Menurut Takiyuddin, langkah untuk menerajui PN itu bagi memastikan gabungan itu diperkasa menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Pas menyeru semua pihak agar bermuhasabah dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku.

“Seterusnya mengambil segala langkah bagi memperkukuh lagi kepercayaan rakyat terhadap PN.

“Pas juga dengan ini menawarkan kesediaannya untuk menerajui PN bagi tujuan memperkasakan organisasi dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam kenyataan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua kepemimpinan PN yang telah memberikan sokongan kepadanya sepanjang menjadi Pengerusi PN.

Difahamkan, peletakan jawatan itu terkait kemelut politik di Perlis yang akhirnya membawa kepada pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar baharu negeri itu.

Baca artikel lain: ‘Tindakan bijak Muhyiddin letak jawatan, Pas akan tampil calon terajui PN’ – Fadhli

Hubungan antara Pas dengan Bersatu dilihat ‘retak menanti belah’ selepas berlakunya kemelut tersebut.

Ia selepas beberapa dakwaan daripada Pas dan Bersatu menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis.

Tiga ADUN dari Pas iaitu Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji) kemudiannya telah dihentikan keahlian daripada parti berkenaan.

Mohd Shukri kemudiannya telah meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas dilihat menyindir dan mengkritik Bersatu selepas pelantikan Menteri Besar baharu itu.

Antara yang mengeluarkan kenyataan secara sinis adalah Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This