ONSA: Kerajaan tubuh Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian selaras dengan pengkuatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) atau Akta 866 yang secara rasminya bermula pada 1 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr Azalina Othman Said memaklumkan, Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian itu akan berfungsi sebagai badan penasihat strategik tertinggi yang memandu hala tuju keselamatan dalam talian.

Menurut Azalina, ia termasuk memantau dan memberikan syor mengenai keselamatan kandungan dalam talian.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang merangkumi sembilan anggota daripada pelbagai bidang diterajui oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim sebagai Pengerusi.

Katanya, jawatankuasa itu bukan sekadar berperanan secara pentadbiran, sebaliknya menjalankan fungsi substantif yang meliputi pemberian nasihat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Baca artikel lain: Pelaksanaan ONSA tepat pada waktu, platform media perlu lebih bertanggungjawab – MCMC

“Ia berhubung pengelasan kandungan memudaratkan dan kandungan prioriti seperti penganiayaan seksual kanak-kanak serta fraud kewangan, penentuan kaedah analisis risiko dan strategi mitigasi bagi melindungi pengguna daripada kemudaratan dalam talian, penilaian keberkesanan mekanisme aduan serta pemantauan penguatkuasaan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.

“Selain itu jawatankuasa itu juga melaksanakan penyelidikan teknikal dan analisis terhadap trend baharu jenayah siber termasuk penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan deepfakes,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, kesemua ahli jawatankuasa itu dilantik bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2028.

“Kerajaan MADANI kekal komited untuk memastikan bahawa hak kebebasan bersuara dihormati, namun dalam masa yang sama tidak akan berkompromi terhadap keselamatan rakyat terutama golongan rentan,” katanya.

Penguatkuasaan ONSA bermula 1 Januari lalu menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna khususnya kanak-kanak dan keluarga.

MCMC memaklumkan ONSA menetapkan tanggungjawab dan kewajipan ke atas pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian termasuk pelaksanaan langkah keselamatan mengikut tahap risiko, perlindungan khusus untuk kanak-kanak serta mekanisme pelaporan dan bantuan kepada pengguna.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This