KES rasuah melibatkan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah berkait kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Suzana Hussin membuat keputusan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan untuk memindahkan kes dan ia tidak dibantah peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Shamsul Iskandar.
“Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes terbabit dibicarakan bersama, dan menetapkan 11 Mac depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen,” kata Suzana seperti dilapor Bernama.
Terdahulu, Farah Ezlin memohon lanjutan masa untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kes, kepada mahkamah dan pihak pembelaan kerana pendakwaan perlu melihat dokumen mana yang akan digunakan untuk perbicaraan kelak.
Amer Hamzah berkata, pihaknya tidak membantah permohonan itu tetapi memohon supaya dokumen yang sudah tersedia, diserahkan terlebih dahulu kepada mereka.
“Selepas meneliti dokumen, kami akan mempertimbang untuk mengemukakan representasi jika terdapat sebarang kelemahan atau isu berbangkit.
“Kami juga sedang mengkaji kemungkinan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat isu undang-undang berkaitan pertuduhan yang akan dicabar,” kata Amer Hamzah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

