6 ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SERAMAI enam orang lelaki ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di Melaka Raya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata, mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

Katanya, polis turut merampas sepucuk pistol disyaki tiruan daripada seorang lelaki ditahan dan telah merekodkan keterangan daripada 12 saksi untuk membantu siasatan.

“Kejadian berpunca daripada provokasi dan salah faham melibatkan empat individu, sebelum kekecohan itu menarik perhatian orang awam yang berada di lokasi sehingga berlakunya rusuhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Selama ini pertuduhan terhadap Ahmad Zahid bermotifkan politik – Akmal

Pada masa sama, beliau mengesahkan tiada bunyi letupan senjata sewaktu kejadian berlaku dan menyangkal dakwaan yang tular kononnya berlakunya tembakan serta penemuan dua kelongsong peluru di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 506 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang awam dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sah kerana boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This