PERTUDUHAN pecah amanah yang dihadapkan ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid selama ini bermotifkan politik tanpa mengira asas bukti mencukupi.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, hari ini semuanya terjawab dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung pertuduhan yang dihadapi.
“Alhamdulilah akhirnya kebenaran terjawab juga. Akhirnya terjawab juga setelah sekian lama. Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, AGC memutuskan tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung pertuduhan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Baca artikel lain: AGC umum penamatan muktamad terhadap 47 pertuduhan Ahmad Zahid
Menurut AGC keputusan itu dibuat selepas mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut.
“Keputusan ini dengan sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan, selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 telah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.
Berikutan keputusan DNAA tersebut, siasatan lanjut dan terperinci telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia merangkumi aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan dan penggunaannya termasuk perkara-perkara dibangkitkan melalui enam representasi yang dikemukakan kepada AGC selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

