Iftar Mubarak Platter: Sajian premium Me’nate Steak Hub lengkapkan pengalaman sempena Ramadan

Dari Penulis

Me’nate Steak Hub sekali lagi tampil meneruskan tradisi menyajikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa buat para pelanggan setia pada tahun ini. 

Restoran daging premium terkemuka di Malaysia ini, di bawah kendalian syarikat bumiputera Palace Butcher Resources Sdn. Bhd, memperkenalkan menu eksklusif Ramadan yang menjanjikan kepuasan dari segi rasa, kualiti dan nilai kebersamaan.

Sepanjang bulan Ramadan ini(tertakluk kepada terma dan syarat), semua cawangan Me’nate Steak Hub menawarkan Iftar Mubarak Platter, sebuah hidangan berkonsepkan sharing platter yang direka khas untuk dinikmati bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan ketika berbuka puasa.

Menurut Penolong Pengurus Jualan, Mohd Izham Othman, ia ditawarkan untuk minimum dua orang selain turut disajikan hidangan yang menggabungkan Tomato Pilaf Rice bersama pilihan menu istimewa dan premium signatur Me’nate.

“Antara hidangan utama yang disajikan termasuklah BBQ Beef Ribs, Lamb Shank Tulang Merah dan Harissa Chicken Drumstick.

“Hidangan ini juga dilengkapkan dengan Arabic Vegetables Stew, Mix Salad, serta pelbagai pilihan sos dan sambal seperti BBQ Sos, Sos Tulang Merah, Sambal Korek dan Sahawiq yang menambah keseimbangan rasa serta menyuntik elemen cita rasa Timur Tengah dengan sentuhan istimewa kami.

“Gabungan menu ini menjadikan Iftar Mubarak Platter bukan sekadar mengenyangkan, malah menyajikan pengalaman berbuka puasa yang lengkap, seimbang dan memuaskan,” katanya.

Lebih menarik, pelanggan yang menikmati Iftar Mubarak Platter secara dine-in turut menerima akses tanpa had ke Semi Buffet Me’nate sepanjang tempoh promosi Ramadan ini.

Antara pilihan yang tersedia di Semi Buffet Me’nate termasuk:

  • Kuih-muih tradisional
  • Pelbagai jenis pencuci mulut
  • Pelbagai pilihan gorengan nasi
  • Aneka juadah berasaskan mee
  • Live Cooking Station (Pasta)
  • Buah-buahan segar
  • Kurma dan kekacang
  • Salad dan pembuka selera

Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadan tahun ini, Me’nate turut menawarkan harga promosi Early Bird dengan diskaun 15 peratus sehingga 31 Januari ini, tertakluk kepada pembelian minimum dua orang:

  • Dewasa: RM84.90 nett seorang
    (Harga asal: RM99.90 nett)
  • Kanak-kanak (6–12 tahun): RM42.40 nett seorang
    (Harga asal: RM49.90 nett)

Promosi ini ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Untuk pelanggan yang memilih berbuka puasa di rumah, Me’nate Steak Hub turut menyediakan set Iftar Mubarak NateBox bagi 4 hingga 5 orang makan. 

Set ini menampilkan menu yang sama seperti Iftar Mubarak Platter, namun tanpa akses ke semi buffet.

Harga Iftar Mubarak NateBox ialah RM399.90.

Bagi tempahan awal, jamuan korporat, majlis berbuka puasa berkumpulan atau pakej Infaq, pelanggan boleh menghubungi:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This