SEORANG lelaki ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan enam buah rumah di Kampung Johan Setia, Klang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamal Ariffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian kebakaran itu kira-kira pukul 2 petang.
“Semakan mendapati kebakaran berlaku di dua lokasi berasingan dengan jarak kira-kira 500 meter. Kebakaran di lokasi pertama melibatkan sebuah rumah manakala lokasi kedua membabitkan lima rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa dua jam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Baca artikel lain: Inisiatif FlySiswa sudah manfaatkan lebih 200,000 mahasiswa
“Jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut Kamal Ariffin, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau dan 11 rekod lampau berkaitan dadah. Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Klang bagi membantu siasatan yang dijalankan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

