Belia bujang terima SARA perlu urus bantuan dengan bijak – KBS

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menasihatkan belia yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang melalui mekasnisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) agar mengurus bantuan dengan bijak.

KBS dalam kenyataan juga mahu penerima bantuan itu mengutamakan keperluan asas, mengelakkan pembaziran serta memanfaatkan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran diri.

Menurut KBS, seramai 3.1 juta penerima STR kategori bujang telah menerima bantuan melalui mekasnisme SARA bermula pada hari ini.

“STR kategori bujang merupakan inisiatif Kerajaan dalam membantu golongan B40, miskin, miskin tegar dan sederhana, khususnya belia bujang yang terkesan dengan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

“STR Kategori Bujang merupakan bantuan tunai yang bertujuan meringankan beban kewangan serta membantu penerima memenuhi
keperluan asas harian,” jelas KBS.

Baca juga: KBS ambil tindakan tegas terhadap projek ‘gajah putih’ Kompleks Sukan KBS Jasin

Kenyataan itu menambah, KBS percaya bantuan itu amat bermakna kepada belia yang sedang membina kerjaya, bekerja sendiri atau berpendapatan rendah.

Menurut kenyataan itu, KBS akan terus komited menyokong kebajikan dan pembangunan belia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This