KBS ambil tindakan tegas terhadap projek ‘gajah putih’ Kompleks Sukan KBS Jasin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor projek pembinaan dan penyiapan Kompleks Sukan Mini serta kerja-kerja berkaitan di Bemban, Jasin, Melaka.

KBS dalam kenyataan memaklumkan, projek itu merupakan inisiatif KBS untuk menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat setempat, yang merangkumi pembinaan pejabat, auditorium, dewan serbaguna, gelanggang sukan, asrama, dan kafetaria.

“Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh kontraktor asal yang mengakibatkan tindakan tegas diambil oleh KBS demi kepentingan awam.

“Projek ini bermula pada 12 April 2021 dan dijangka siap pada 29 April 2024. Namun begitu, kontraktor gagal menjalankan kerja dengan bersungguhsungguh,” jelas KBS.

Baca artikel lain: Sukan SEA Thailand: Pencapaian kontinjen Malaysia wajar jadi pemangkin kukuh persiapan

KBS berkata, Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor telah dikeluarkan pada 10 September 2024 berikutan kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat kontrak apabila bertindak meninggalkan tapak projek.

Menurut KBS, projek itu dirancang untuk ditender semula selewat-lewatnya pada awal Januari 2026.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This