Rezeki tidak disangka-sangka menyebelahi Hasrin Mat, 56, apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Utama Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand sekali gus membawa pulang sebuah kenderaan elektrik Proton e.Mas 7 baharu bernilai RM120,000.
Menurut Hasrin, beliau pada awalnya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi ketika menyertai peraduan berkenaan kerana Ayam Brand sudah lama menjadi pilihan keluarganya dalam penyediaan hidangan harian.
“Saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan tentang kemenangan ini. Tidak pernah terlintas untuk memenangi sebuah kereta baharu. Ia satu rezeki yang amat saya syukuri,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan tersebut bukan sahaja memudahkan urusan harian malah memberi manfaat besar kepada keperluan keluarganya.
“Kereta ini akan banyak membantu dari segi pergerakan seharian. Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan orang tersayang,” ujarnya.
Hasrin turut menyatakan kemenangan tersebut mengukuhkan lagi keyakinannya terhadap jenama Ayam Brand yang telah digunakan sejak sekian lama.
“Ayam Brand sentiasa ada di dapur kami, sama ada sardin, tuna, santan atau kacang panggang. Kualitinya konsisten dan boleh dipercayai. Kemenangan ini membuatkan saya lebih menghargai jenama ini,” katanya.

Kempen yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2025 itu menawarkan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM300,000 dan antara tarikan utama kempen tersebut ialah Hadiah Utama berupa sebuah Proton e.Mas 7 baharu bernilai RM120,000, yang telah disampaikan secara rasmi dalam majlis penyampaian hadiah pada 19 Januari. Selain itu, kempen ini turut menawarkan pelbagai ganjaran lain termasuk pakej percutian, hadiah wang tunai, kredit e-dompet mingguan dan baucar petrol.
Pengarah Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling, berkata kempen itu dirangka khusus untuk menghargai pengguna setia sambil menegaskan peranan jenama dalam menyokong keperluan isi rumah Malaysia.
“Fokus kami adalah untuk mencipta kempen yang dekat di hati pengguna, mudah disertai serta memberi ganjaran bermakna, selaras dengan warisan dan nilai Ayam Brand,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong, berkata kerjasama erat bersama rakan runcit di seluruh negara memainkan peranan penting dalam memastikan penyertaan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kempen.
Menurutnya, pendekatan tersebut bukan sahaja meningkatkan keterlibatan pengguna di peringkat runcit, malah mengukuhkan kesetiaan terhadap jenama.
Terdahulu, Ayam Brand terus memperkukuh hubungannya dengan komuniti Malaysia menerusi Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand, sebuah kempen berskala nasional yang direka bagi menghargai kesetiaan pengguna di samping menggalakkan amalan pemakanan berkhasiat dalam kalangan isi rumah di seluruh negara.

