Kes lafaz rujuk Datuk Red & Adira Suhaimi tangguh, perbicaraan tertutup pada 16 Februari depan

Dari Penulis

SEBUTAN kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan usahawan Datuk Red, 48, terhadap bekas isterinya, penyanyi, Adira Suhaimi, 35, ditangguhkan ke tarikh perbicaraan secara tertutup pada 16 Februari depan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang.

Peguam syarie mewakili Datuk Red, Nor Haiza Marina Mat Ramli, berkata, penangguhan dibuat berikutan ketidakhadiran pihak defendan pada sebutan pertama kes berkenaan selain perlu memasukkan pembelaan bagi menjawab tuntutan yang difailkan.

“Kami dimaklumkan peguam syarie pihak defendan bahawa Adira tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat pada saat akhir. 

“Namun, Adira wajib hadir pada perbicaraan secara tertutup nanti kerana prosiding akan dijalankan secara lisan,” katanyan memetik Harian Metro.

Menurut Nor Haiza, pihaknya turut menyerahkan satu surat peringatan kepada Adira berhubung hantaran berkaitan kes lafaz rujuk yang dimuat naik di media sosial serta isu halangan komunikasi melibatkan anak-anak.

“Ramai pihak memberi ulasan di media sosial, jadi kami menyerahkan surat peringatan berhubung perkara itu termasuk isu halangan komunikasi antara anak guam saya dan anak-anaknya.

“Buat masa ini, Datuk Red hanya boleh berhubung dengan anak-anak melalui orang tengah dan bukan secara langsung dengan Adira,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi peguam syarie mewakili Datuk Red, Muhammad Akmal Amzan, berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes berkenaan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap perjalanan perbicaraan kelak.

“Kami tidak mahu mencetuskan sebarang sentimen kerana kes ini masih dalam proses dan akan dibicarakan secara tertutup,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 8; Asan, 7; Anggun, 6; dan Ayob, 4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This